It's me White Rose
Assalamualaikum,
Salam perkenalan dari diri ku hamba Allah yang kerdil lagi lemah.
Aku mencipta blog ini hanya sekadar suka-suka bagi mengisi kekosongan hari ku yang agak sunyi tanpa teman. Ini kerana aku merupakan seorang suri rumah dan kini hanya bekerja dari rumah sahaja.
Di harapkan apa yang akan saya kongsikan dalam blog ini dapat menjadi inspirasi atau pengajaran bagi orang-orang yang membacanya dan sekiranya apa yang saya sampaikan melalui penulisan saya menyebabkan ada yang tersinggung, maafkan saya kerana apa yang saya tulis hanyalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui sendiri dan merupakan pengalaman-pengalaman sahabat-sahabat saya yang terdekat.
Tergeraknya hati saya menulis di blog kerana saya merasakan bahawa saya perlu menulis kisah-kisah ini supaya di masa akan datang boleh menjadi rujukan dan juga menjadi pengajaran agar tiada lagi kisah seperti ini berlaku.
Semoga yang membaca merasa gembira dan terilhamkan sesuatu.
White Rose
Comments
Post a Comment