Aku hilang kasih sayang dari seorang ibu dan ayah
Alhamdulillah syukur Allah masih meminjamkan aku nafas untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.
Pelbagai ujian dan rintangan yang telah aku lalui dan kini aku berada di sini, di hadapan komputer ku menaip sambil menghirup segelas kopi ' o yang masih hangat.
Suasana di pagi yang hening ini amat menenangkan dan memberi ku inspirasi untuk memulakan penulisan ku. Sejujurnya aku tidak pernah menulis dan bukan berbakat dalam bidang penulisan kerana sejak di bangku sekolah aku bukanlah seorang pelajar yang minat dengan penulisan apa lagi tentang mengarang dan sebagainya.
Namun aku tidak tahu apa yang menggerakkan aku untuk mahu menulis di dalam blog ini maka aku hanya akan menulis apa yang terilham dari dalam lubuk hati ini.
Telah lama aku memendam perasaan dan persoalan dalam diri ini, ingin sekali aku bertanya kepada ibu dan bapa ku adakah mereka benar-benar mengasihi dan menyayangi aku ?? Atau mereka sebenarnya langsung tidak memerlukan aku ??
Kisah ini bermula di saat aku di bangku sekolah rendah, di mana ibu ku mengetahui bahawa bapa aku telah bernikah lagi di kampung jiran dan ini menyebabkan keluarga aku porak poranda ketika itu.
" Jujur dengan aku, benarkah apa yang mak Richie katakan kepada aku? " Soal mama. Ayah aku tunduk dan diam. Ini bererti apa yang di khabarkan oleh mak richie itu benar. Mama menangis dan terduduk saat mengetahui bahawa ayah ku bernikah lagi, saat itu aku sangat kasihan melihat mama, aku tahu betapa sakitnya hati mama apabila mengetahui ayah berselingkuh dan telah menikah senyap-senyap tanpa pengetahuan kami sekeluarga.
Waktu itu, aku tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi namun aku yakin pasti ada hikmahnya semua itu terjadi cuma aku yang saat itu berusia cuma 11 tahun tidak dapat bersuara dan hanya mampu melihat sahaja.
Malam itu ibuku merasa sangat sedih kerana tidak pernah menyangka ayahku sanggup berbuat demikian setelah ibuku banyak berkorban membantu keluarga ayahku. Saat itu datuk dan nenek aku seolah menyokong perbuatan ayahku kerana mereka sememangnya tidak menyukai ibuku.
Aku tidak tahu kenapa mereka tidak menyukai ibuku, namun yang aku pasti ialah kami yang lahir sebagai anak kepada ayahku pun bukanlah cucu kesayangan.
Hanya sepupu ku sahaja yang menjadi cucu kesayangan, dan aku sering merasa iri hati apabila melihat mereka di layan baik oleh nenek dan datuk ku sedangkan aku dan adik-adik ku di layan seperti cucu yang di pungut di tepi jalan.
Hari berganti hari, ayahku telah berjanji dengan ibuku bahawa dia tidak akan membawa pulang isteri keduanya ke rumah kerana tidak mahu menyakiti hati ibuku namun itu hanya janji dan tinggal janji, sutu hari di hujung minggu ayahku balik ke rumah namun tidak berseorangan sebaliknya pulang membawa bersama isteri keduanya.
Aku melihat dari jauh kerana mendengar suara anjing yang menyalak, lalu aku keluar dan melihat kelibat yang muncul dari jauh itu ialah ayah ku bersama seoraang wanita yang ketika itu berusia masih muda dengan lenggok badan yang gemalai berjalan sambil memegang tangan ayahku . Mereka berjalan seiring dan semakin menghampiri rumah kami. Aku berlari mendapatkan ibuku.
"Mama!! Mama !! Lihat siapa yang datang??" Jerit ku.
"Siapa yang datang?? " Soal ibu.
" Ayah pulang membawa seorang perempuan muda!! " Balas ku.
" Hahh!! " Ibu terkejut dan bangkit dari sofa lalu meluruh keluar melihat siapa yang datang.
Saat itu satu perang besar lagi berlaku dan ibuku benar-benar merasa sedih kerana ayahku tidak pedulikan perasaannya saat itu. Ibuku sudah tidak tahan lagi dan cepat-cepat mengemas pakaian dan membawa aku dan adik ku pulang ke kampung ( ke rumah orangtua ibuku ).
Bersambung *
Comments
Post a Comment