Aku hilang kasih sayang dari seorang ibu dan ayah
Alhamdulillah syukur Allah masih meminjamkan aku nafas untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Pelbagai ujian dan rintangan yang telah aku lalui dan kini aku berada di sini, di hadapan komputer ku menaip sambil menghirup segelas kopi ' o yang masih hangat. Suasana di pagi yang hening ini amat menenangkan dan memberi ku inspirasi untuk memulakan penulisan ku. Sejujurnya aku tidak pernah menulis dan bukan berbakat dalam bidang penulisan kerana sejak di bangku sekolah aku bukanlah seorang pelajar yang minat dengan penulisan apa lagi tentang mengarang dan sebagainya. Namun aku tidak tahu apa yang menggerakkan aku untuk mahu menulis di dalam blog ini maka aku hanya akan menulis apa yang terilham dari dalam lubuk hati ini. Telah lama aku memendam perasaan dan persoalan dalam diri ini, ingin sekali aku bertanya kepada ibu dan bapa ku adakah mereka benar-benar mengasihi dan menyayangi aku ?? Atau mereka sebenarnya langsung tidak memerlukan aku ?? Kisah ini bermula di saat aku di bangku s...