Posts

Showing posts from August, 2023

Aku hilang kasih sayang dari seorang ibu dan ayah

Alhamdulillah syukur Allah masih meminjamkan aku nafas untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Pelbagai ujian dan rintangan yang telah aku lalui dan kini aku berada di sini, di hadapan komputer ku menaip sambil menghirup segelas kopi ' o yang masih hangat. Suasana di pagi yang hening ini amat menenangkan dan memberi ku inspirasi untuk memulakan penulisan ku. Sejujurnya aku tidak pernah menulis dan bukan berbakat dalam bidang penulisan kerana sejak di bangku sekolah aku bukanlah seorang pelajar yang minat dengan penulisan apa lagi tentang mengarang dan sebagainya.  Namun aku tidak tahu apa yang menggerakkan aku untuk mahu menulis di dalam blog ini maka aku hanya akan menulis apa yang terilham dari dalam lubuk hati ini. Telah lama aku memendam perasaan dan persoalan dalam diri ini, ingin sekali aku bertanya kepada ibu dan bapa ku adakah mereka benar-benar mengasihi dan menyayangi aku ?? Atau mereka sebenarnya langsung tidak memerlukan aku ?? Kisah ini bermula di saat aku di bangku s...

It's me White Rose

 Assalamualaikum,  Salam perkenalan dari diri ku hamba Allah yang kerdil lagi lemah. Aku mencipta blog ini hanya sekadar suka-suka bagi mengisi kekosongan hari ku yang agak sunyi tanpa teman. Ini kerana aku merupakan seorang suri rumah dan kini hanya bekerja dari rumah sahaja.  Di harapkan apa yang akan saya kongsikan dalam blog ini dapat menjadi inspirasi atau pengajaran bagi orang-orang yang membacanya dan sekiranya apa yang saya sampaikan melalui penulisan saya menyebabkan ada yang tersinggung, maafkan saya kerana apa yang saya tulis hanyalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui sendiri dan merupakan pengalaman-pengalaman sahabat-sahabat saya yang terdekat. Tergeraknya hati saya menulis di blog kerana saya merasakan bahawa saya perlu menulis kisah-kisah ini supaya di masa akan datang boleh menjadi rujukan dan juga menjadi pengajaran agar tiada lagi kisah seperti ini berlaku. Semoga yang membaca merasa gembira dan terilhamkan sesuatu.  White Rose